How to survive as a good muslim in current era?
Assalamualaikum , may peace be upon you guys.
Lama tak jumpa, harap-harap korang masih follow my newsletters. Kali ini kita mahu mula menulis dan share konten-konten yang sedikit berat, berkaitan dengan falsafah dan worldview (cara fikir) kehidupan yang digariskan dalam Islam.
Kita sekarang hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan gangguan (baca:distraction). Bukan sahaja kita semakin terikut-ikut dengan apa yang dibuat oleh orang lain, tetapi yang lagi bahaya bila adanya perasaan dengki dan iri hati.
Hidup kita semakin suka untuk banding membandingkan antara satu sama lain.
Aku pun tidak tahu kenapa zaman sekarang lebih banyak kes-kes kemurungan di dalam kalangan orang muda, tidak seperti zaman dahulu.
Mungkin kita terlalu terikat dengan kayu ukur masyarakat yang tidak semengah atau terkesan dengan makcik-makcik bawang (read: onion aunties).
Lepas sekolah kena sambung universiti.
Umur 23 kena habis belajar dan ada pekerjaan tetap.
Umur 24 kena ada kereta.
Umur 25 kena berkahwin dan mula membeli rumah.
Dan sebagainya..
Dan bila kita tidak berjaya memuaskan 'expectation' masyarakat, ibu bapa atau kawan-kawan, kita mula merasa murung.
Jadi, apakah punca sebenarnya permasalahan ini? Dan bagaimana caranya supaya kita tidak terperangkap dalam dilema kayu ukur masyarakat ini?
Akses kepada media sosial mungkin adalah ujian paling berat untuk manusia zaman sekarang. Tanpa adanya limitasi.
Kita seolah-olah berkongsi apa sahaja maklumat atau perkara yang kita lakukan secara harian tanpa mengambil kira faktor-faktor manusiawi, keselamatan dan lain-lain.
Jadi perkara pertama yang kita harus lakukan adalah meletakkan limit atau had dalam penggunaan media sosial kita. Terutama sekali adalah siapa yang kita follow atau subscribe? Konten apa yang kita like atau favorite? Dan lain-lain.
Dengan perkembangan dunia algoritma sekarang, samada kita yang mengawal apa yang kita consume, atau kita yang sebenarnya tenggelam dalam dunia kapitalis yang semakin merosak.
You know you.
Kedua adalah pilih kawan atau circle yang betul. Perkara ini sangat penting dalam kehidupan, kerana selain keluarga, kawan lah yang paling mempengaruhi kehidupan kita.
Kadang-kadang kita rasa kawan kitalah yang paling memahami kita, tetapi bila kita dalam kesusahan adakah mereka akan masih bersama kita?
Jadi, pilihlah kawan yang betul. Yang boleh membimbing kita dalam onak dan duri kehidupan, yang membawa kita dekat kepada Pencipta, bukan yang hanya bersama kita bila masa kita senang semata-mata.
Dan yang terakhir adalah, carilah tujuan atau makna hidup yang jelas.
Perkara ini menarik sebenarnya kerana di dalam Quran, kita tidak diajar untuk mengejar kegembiraan (baca : happiness), tetapi kita diajar untuk mencari makna dalam kehidupan.
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sahaja dengan tiada sebarang tujuan pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
23:115
InsyaAllah kami akan ulas lebih lanjut tentang 'happiness' di dalam posting yang lain.
Semoga kita sama-sama mendapat ‘guidance’ daripada Allah SWT kerana sesungguhnya itulah nikmat yang terbesar dalam kehidupan seorang manusia.
Amin.