Learning how to learn!
Pernah tak kita cuba untuk belajar sesuatu dan kita sudah invest banyak masa tetapi tidak berjaya? Seolah-olah kita tidak belajar apa-apa?
Kenapa berlakunya fenomena tersebut? Adakah kerana kita tidak meluangkan masa secukupnya seperti mana teori 10,000 jam Malcolm Gladwell.
“In fact, researchers have settled on what they believe is the magic number for true expertise: ten thousand hours.”
― Malcolm Gladwell, Outliers: The Story of Success.
Ataupun cara belajar kita yang salah?
Baru-baru kami belajar sesuatu daripada Prof Barbara Oakley dalam ted-talk nya yang bertajuk Learning how to learn.
Ramai antara kita yang mengganggap bahawa kepandaian itu adalah sesuatu bakat, tetapi sebenarnya tidak. Semua orang ada kemampuan untuk mengubah otak (baca : membentuk kepandaian) !
Prof Barbara bukanlah seeorang manusia yang luar biasa atau genius semasa kecil . Malah beliau memulakan perjalanan akademik ketika berusia 26 tahun.
Cara belajar yang paling efektif yang dikongsi oleh Prof adalah dengan belajar dalam dua bentuk mod yg berbeza : fokus dan diffuse.
Dimana mod diffuse adalah keadaan minda kita ketika tenang tetapi masih lagi memikirkan apa yg kita pelajari dalam keadaan santai.
Manakala mod fokus adalah keadaan minda di mana otak menggunakan kebolehan ‘concentration’ terbaiknya dalam ‘prefrontal cortex’ untuk mengabaikan semua maklumat luar.
We need to juggle between this two states of mind.
Baca dekat sini kalau nak faham lagi tentang dua mod berfikir.
Seterusnya, active recall.
Apabila belajar sesuatu, elemen penting untuk sentiasa kita lakukan adalah dengan teknik active recall atau spaced repetition dimana kita cuba untuk ingat kembali perkara yang telah kita belajar.
Flash card, test, etc.
Yang terakhir adalah dengan membiasakan diri dengan ‘exercise’.
Dengar macam cliche tetapi exercise adalah sesuatu yang sangat penting bagi seseorang manusia. Didalam Islam juga diajar yang tubuh badan kita juga ada hak-hak yang mesti kita penuhi.
Boleh tengok video penuh ted talks Prof Barbara Oakley di sini.
Apapun sesiapun kita, kita mampu dan boleh mengubah nasib kita.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
13:11
Keluarlah daripada zon keselesaan (baca: comfort zone) dan cuba belajar sesuatu yang baru, hanya dengan ilmu kita boleh menjadi manusia yang lebih baik. Insyaallah.
Jumpa lagi gais dan jangan lupa subscribe! Terima kasih.



nk dpt motivation to keep pushing paling lemah sekali🫤